Categories
SELANGOR

7,055 graduan UPM diarai di Majlis Konvo ke-39

SERDANG, 31 OKT: Universiti Putra Malaysia (UPM) melangsungkan Majlis Konvokesyen UPM ke-39 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM bermula hari ini 31 Oktober hingga 3 November 2015.

Majlis konvokesyen itu terbahagi kepada lapan sesi dengan seramai 7,055 graduan dari pelbagai program pengajian yang terdiri daripada penerima Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 469, Sarjana Master seramai 1,860, Bacelor (4,298) dan Diploma seramai 428.

IMG_5263Tuanku Cancelor UPM, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid, Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Perladangan kepada Tan Siok Choo dan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan kepada Tan Sri Syes Azman Syed Ibrahim.

Majlis pengurniaan ijazah selama empat hari itu turut disempurnakan tiga Pro Cancelor UPM iaitu Tan Sri Datuk Setia Dr. Nayan Ariffin pada sesi kedua, kelima dan ketujuh, manakala Tan Sri Datuk Sri Lim Ah Lek pada sessi ketiga, keenam dan kelapan serta Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakke Salleh pada sesi keempat.

Turut hadir mengiringi DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, Tuanku turut mengurniakan hadiah kepada Pemenang Hadiah Peringkat Universiti iaitu Hadiah Pingat Emas Cancelor, Pingat Emas Pelajaran Diraja, Pingat Emas Alumni dan Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba kepada Ermelia Rohayu Ramlan.

Pingat lain yang disampaikan Baginda Sultan ialah Pingat Putra Agribio kepada Daniel Moham Jacob (Doktor Perubatan Veterinar) dan Pingat Emas Doktor Falsafah kepada Tumirah Khadirin (PhD Nano Science).

Sementara itu, 37 graduan program sulung Bacelor Sains Kepujian (Biologi Sel dan Molekul) dan 177 graduan Bacelor Pendidikan dengn kepujian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.