Categories
SELANGOR

PKM Semenyih rancang pelbagaikan program masyarakat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEMENYIH, 17 OKT: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Semenyih menjalankan banyak program komuniti dan bimbingan untuk wanita di sini beroleh pengetahuan dan kebaikan.

Penyelarasnya, Hamidi Abu Hassan, berkata program dijayakan berterusan selain membantu memastikan barangan produk diedar dan dihasilkan penduduk dapat dipasarkan dan sampai kepada orang ramai.

PKM Semenyih“Bagi wanita, kita sentiasa mengadakan program untuk disertai mereka antaranya program bersama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) ini.

“Program lain adalah program pembelajaran jahitan dan penggunaan barangan terpakai yang dibuat bersama Pusat Wanita Berdaya (PWB) kawasan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mendapat kerjasama baik daripada penduduk setempat yang menyokong program dijalankan.

“Kita tidak melupakan yang lain termasuk anak muda dan baru-baru ini PKM Semenyih menganjurkan Mountain Bike Challenge (MBC) diadakan di EcoVenture di sini.

“Program ini mendapat sambutan dengan penyertaan kira-kira 1,400 peserta,” katanya.

Katanya, pihaknya merancang mengadakan Bukit Broga Challenge iaitu acara lari lasak pada November ini.

Semalam, PKM Semenyih bersama PEKAWANIS menganjurkan Sepetang Bersama Yang Dipertua PEKAWANIS di Dewan Orang Ramai Semenyih iaitu program ramah mesra dan aktiviti komuniti serta memasarkan produk edaran penduduk setempat.

Turut hadir, Yang Dipertua PEKAWANIS, Shamshida Taharin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.