Categories
SELANGOR

PKNS peruntuk RM400,000 naik taraf lapan kawasan lapang pangsapuri

BANGI, 13 OKT: Sebanyak RM400,000 diperuntukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menaik taraf lapan kawasan lapang di Pangsapuri Kos Rendah Seksyen 16 di sini untuk keselesaan penduduk sekitar.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata kerja baik pulih dan penaiktarafan dilakukan bertujuan menyerahkan kawasan lapang di pangsapuri itu kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana bangunan kediaman telah menubuhkan Perbadanan Pengurusan (MC).

ishak hashim“Kerja membaik pulih dan menaik taraf mula dilaksanakan pada Julai lepas melibatkan lapan kawasan lapang daripada 24 blok pangsapuri di kawasan ini.

“Antara kemudahan dinaik taraf adalah gelanggang takraw, badminton, bola tampar, bola jaring, laluan pejalan kaki, alatan permainan kanak-kanak, bangku taman, pokok hiasan.

“Selain itu, PKNS juga membina gelanggang futsal baru kepada penduduk setempat,” katanya.

Penyerahan dokumen diserahkan oleh Kontroler Pembangunan Wilayah Selatan PKNS, Lokman Abd Kadir kepada Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.