Categories
NASIONAL

Projek kereta api laju RM35 bilion perlu disalur baiki pengangkutan Kuching-Tawau

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Belanjawan Alternatif 2016 Pakatan Harapan (PAKATAN) mencadangkan pembatalan projek kereta api laju Kuala Lumpur – Singapura dan dananya boleh disalurkan untuk membina jaringan landasan pengangkutan dari Kuching ke Tawau, Sabah.

Ini berikutan kereta api laju hanya memberi manfaat mereka yang bekerja di kawasan Lembah Klang dan Singapura dengan kesan tempias di beberapa hentian sepanjang laluan terbabit.

Belanjawan PakatanBerbanding jaringan pengangkutan di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan, pengangkutan antara Kuala Lumpur dan Singapura memiliki pelbagai kemudahan seperti kereta api, bas, lebuh raya dan kapal terbang.

Dana dianggarkan RM35 bilion itu boleh disalurkan kepada projek pembinaan landasan kereta api Kuching ke Tawau menerusi Kota Kinabalu.

Langkah itu bakal meningkatkan jaringan antara bandar dan pekan di Malaysia Timur dan sekaligus menjana impak berganda kepada ekonomi rakyat tempatan.

PAKATAN sekiranya diberi mandat menerajui Putrajaya juga melaksanakan amalan pemerolehan tender secara terbuka dan telus.

Ia bagi merancakkan perniagaan dan proses pemerolehan sekaligus meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos di Sabah dan Sarawak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.