Categories
SELANGOR

Pupuk rasa cinta bahasa, si cilik diajak bercerita

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 OKT: Aksi si cilik dari pra sekolah dan sekolah rendah bercerita ternyata mencuit hati dan memeriahkan lagi Pertandingan Bercerita Ala Penglipur Lara di Perpustakaan Raja Tun Uda pada 7 Oktober lalu.

Pertandingan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu bertujuan memupuk rasa cinta dan kemegahan terhadap Bahasa Melayu.

Pengarahnya, Mastura Muhamad, berkata ia antara program PPAS sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) membabitkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam kegiatan bahasa dan sastera kebangsaan.

PPAS“Program ini dirangka agar menyerlahkan fungsi serta perana bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara.

“Ia juga mengerat dan memperkukuh perpaduan bangsa khususnya dalam kalangan warga Selangor dan sekitar,” katanya kepada Selangor Kini.

Dalam kategori pra sekolah, pertandingan dimenangi Nur Afiqah Qistina Simar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur dengan tajuk cerita ‘Si Tanggang Anak Derhaka’

Manakala, Nur Aliah Najihah Mohd Khanizam dari SK Lubok Kelubi dengan tajuk cerita ‘Takar Emas’ menjuarai kategori sekolah rendah.

Pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai, plak dan sijil penyertaan disampaikan Dr Mohd Hanafi Ibrahim selaku Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BBK 2015.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.