Categories
SELANGOR

Rakyat mahu kerajaan fokus isu kehidupan & pembelaan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OKT: Pentadbiran Kerajaan Selangor kekal berjalan seperti biasa walaupun wujud suasana politik agak tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ini jelas seperti dinyatakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya Kerajaan Negeri memenuhi mandat diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

suk“Saya lihat Menteri Besar jelas dalam kenyataannya, Pakatan Harapan hanya untuk PRU-14 nanti bukan sekarang. Kerajaan Negeri sekarang perlu berjalan seperti biasa sebab kita memikul amanah yang perlu dipenuhi iaitu mandat pada 2013.

“Rakyat tak mahu (pemimpin) asyik berpolitik tetapi dia nak longkang dia bersih, jalan dia rata, dia nak ada orang bantu dia bila nak beli rumah, kalau flat dia bocor ada orang bantu, bila nak cat ada orang bantu.

Katanya lagi, pergolakan politik tidak memberi sebarang kesan positif dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri itu.

“Rakyat lebih suka bila kerajaan memberi fokus kepada perkara-perkara ini (kebajikan) bukan cerita bergaduh siapa yang duduk di sini atau siapa duduk di sana.

“Tetapi lebih kepada perkara yang betul-betul memberi kesan kepada kehidupan mereka. Itulah yang mereka nak,” kata Iskandar kepada Selangor Kini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.