Categories
NASIONAL

Ringgit dijangka alami pemulihan

SHAH ALAM, 11 OKT : Ringgit Malaysia dijangka pulih berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dirangsang peningkatan selera risiko mata wang tempatan berikutan kejatuhan dolar.

Berdasarkan laporan Bernama, jika momentum belian berterusan minggu depan, paras halangan unit tempatan itu akan berada sekitar 3.90.

“Sentimen semasa untuk ringgit adalah positif. Dengan kemerosotan dolar US dan harga minyak mentah terus meningkat, ringgit boleh naik lagi,” kata peniaga.

ringgitmalaysiaUntuk minggu baru berakhir, ringgit diniaga lebih tinggi berikutan aliran masuk bersih asing yang positif, selepas Malaysia melaporkan lebihan dagangan terbesar dalam tempoh sembilan bulan.

Setakat ini, nilai ringgit berada pada tahap 4.13 berbading dolar AS, 6.33 berbanding pound sterling, 4.69 berbanding Euro dan 2.96 berbanding dolar Singapura.

Terdahulu, mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob menjangkakan pemulihan nilai ringgit hanya berlaku dalam tempoh setahun daripada sekarang.

Beliau berkata, segala usaha perlu dijalankan secara holistik dan efektif bagi mengembalikan ringgit ke paras lebih selesa.

Katanya, pemulihan itu juga banyak bergantung kepada pengukuhan ekonomi rakan dagang utama Malaysia seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.