Categories
SELANGOR

RM4 juta bangun SRJK(T) Ladang Coalfields lengkap asrama

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 OKT: Sebanyak RM4 juta diperuntukan bagi pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Coalfields, Kuala Selangor menjelang 2016.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata peruntukan pembinaan kemudahan pendidikan lengkap berasrama kepada anak pekerja itu akan disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dalam tempoh terdekat.

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)“Ia membantu anak pekerja ladang terima pendidikan sempurna dan cemerlang sekaligus mengurangkan kemiskinan golongan itu.

“Pembangunan sekolah berasrama itu akan menempatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar dan dibiayai melalui Tabung Amanah Anak Pekerja Ladang Coalfields,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, JKR Selangor sudah menerima skop kerja daripada Lembaga Sekolah pada 29 Jun lalu.

Manakala Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor sedang berusaha mendapat kelulusan daripada Jabatan Pemetaan dan Ukur (JUPEM) bagi isu persempadanan tanah.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.