Categories
SELANGOR

RM45 juta untuk Galeri Seni, ‘Heritage Walk’, Muzium Tekstil dan Setem

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 OKT: Sebaris dengan negara maju, Selangor langkah ke hadapan berbanding negeri lain dalam memastikan karya seni dan warisan sejarahnya terpelihara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Selangor sudah memulakan inisiatif membangunkan Galeri Seni dan Muzium Tekstil di Royal Klang Club.

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)“Muzium Tekstil ditubuhkan bagi mempamer koleksi lukisan dan kain tenun serta menempatkan hasil karya seni bertujuan menarik pelancong.

“Keseluruhan kos pembangunan ini dianggarkan berjumlah RM 30 juta termasuk membina Heritage Walk,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut merancang membina Muzium Setem bernilai RM15 juta di Shah Alam bagi menyimpan dan mempamerkan koleksi setem yang mempunyai nilai sejarah dan warisan yang perlu dipelihara.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.