Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor fokus hadapi saingan Piala Malaysia 2015

Oleh: Amirudin Shari

Rancak kedengaran desas-desus rombakan pasukan Liga Super Selangor bagi menghadapi musim 2016 yang akan datang.

Berita pertukaran jurulatih dan pencarian pemain import serta tempatan mendapat tempat yang lebih utama di media cetak dan media sosial berbanding aksi Piala Malaysia itu sendiri.

Red GiantsMenyedari khabar angin perpindahan adalah sebahagian asam garam bola sepak, pengurusan Liga Super Selangor tidak berniat untuk memberi sebarang respon kerana fokus menghadapi saingan Piala Malaysia 2015 adalah lebih utama berbanding perkara yang lain.

Media terutamanya, diminta lebih berhati-hati dan sensitif dalam memainkan isu pertukaran dan perpindahan jurulatih serta pemain.

Pengurusan Liga Super Selangor berharap agar semua pihak menghormati kedudukan Mehmet Durakovic selaku jurulatih pasukan. Untuk rekod, Mehmet masih mempunyai baki kontrak selama satu tahun bersama Persatuan Bolasepak Selangor.

Sebarang spekulasi yang membabitkan pertukaran jurulatih dan pemain boleh merencatkan persiapan mental pasukan Liga Super Selangor dalam menghadapi baki perlawanan Kumpulan C.

Justeru, Mehmet dan pasukan kendaliannya perlu diberi ruang dan peluang untuk membuktikan kebolehan mereka untuk mara ke peringkat yang seterusnya.

Sokongan dari para penyokong setia Selangor amatlah diperlukan. Semoga kita dapat mengakhiri musim 2015 dengan kejayaan yang gemilang.

‪#‎MerahKuningLambangKebanggaan‬
‪#‎SelangorPlus‬
‪#‎RedGiants‬
‪#‎TMPialaMalaysia2015‬

* Amirudin Shari adalah Pengurus Pasukan Liga Super Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.