Categories
SELANGOR

Selangor mahu jadi teraju utama Halal Hub

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT: Selangor berhasrat menjadi peneraju utama industri halal pada masa akan datang selaras dengan peningkatan nilai dagangan industri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata nilai dagangan halal global kini diunjur melebihi Dolar Amerika Syarikat 46 trilion yang membuka peluang keemasan buat Selangor.

Katanya penambahan itu akan membantu industri hub halal mengembangkan skop perniagaan dan pelaburan.

“Usaha perlu diambil untuk menjadikan Selangor sebagai peneraju dalam program persijilan Halal International Selangor menerusi pembangunan program Halal Technical Competent Person (HTCP).

“Perjanjian kerjasama HTCP sudah ditandatangani dengan universiti tempatan dan rakan strategik dari China, Jepun, Korea dan United Kingdom,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Terdahulu, Selangor mempelawa pelabur United Arab Emirates (UAE) untuk melabur di Pusat Halal (Halal Hub) yang dibangunkan anak syarikat Kerajaan Negeri, Central Spektrum Sdn Bhd di Pulau Indah, Klang.

Ia berikutan pelaburan dan pembangunan industri halal mempunyai pasaran luas di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika dan Eropah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.