Categories
SELANGOR

HIJRAH terima RM31 juta, bangun koperasi & bazaar

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 OKT: Yayasan HIJRAH menerima peruntukan tambahan berjumlah RM31 juta bagi meluaskan program pembangunan berteraskan ekonomi di Selangor menjelang 2016.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata peruntukan itu digunakan sepenuhnya untuk menubuhkan Koperasi dan Bazaar HIJRAH.

Katanya, program mikrokredit itu juga diperluaskan dengan menyasarkan golongan ibu tunggal, asnaf, pekerja ladang, belia dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)“Koperasi HIJRAH Selangor bertujuan untuk membuka ruang dan peluang perniagaan lebih besar kepada peserta.

“Manakala Bazaar Hijrah memberi ruang dan landasan kepada peserta untuk menjual produk dihasilkan dalam ruang niaga bersepadu,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Sejak diperkenalkan pada Belanjawan 2015, HIJRAH berjaya memberi manfaat kepada
11,148 peserta dengan nilai pinjaman melebihi RM74.5 juta.

Jumlah penerima dijangka terus meningkat dengan sasaran sehingga 20,000 peserta pada penghujung tahun ini.

“Berkonsep ‘Pinjaman Asas Simpanan’, HIJRAH menjanjikan hasil pulangan peserta diserap ke dalam Tabung Hijrah Selangor sebagai simpanan mereka,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.