Categories
NASIONAL

Setahun pulih ringgit, perlu pengukuhan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 OKT: Pemulihan nilai Ringgit Malaysia dijangka hanya berlaku dalam tempoh setahun daripada sekarang, kata mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Beliau berkata, segala usaha perlu dijalankan secara holistik dan efektif bagi mengembalikan ringgit ke paras lebih selesa.

Najib-RMKatanya, pemulihan itu juga banyak bergantung kepada pengukuhan ekonomi rakan dagang utama Malaysia seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China.

“Kita harus memperbaiki pengurusan ekonomi dengan lebih cekap, mengurangkan import dan melebihkan eksport khasnya melalui sektor yang dapat meningkatkan pertukaran wang asing ke negara ini.

“Hanya dengan kombinasi semua ini, Ringgit Malaysia boleh kembali bernafas lega tetapi mengambil masa agak lama iaitu sepuluh hingga 12 bulan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dihubungi bagi mengulas pandangan bahawa ringgit hanya kembali pulih dengan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan.

Dr Rosli YaakopRosli berkata, penyelesaian politik masih tidak memadai walaupun isu politik menyumbang kepada kejatuhan ringgit.

“Jika dia meletak jawatan dan digantikan, penggantinya pun belum tentu lebih baik daripadanya.

“Jadi, langkah terbaik adalah memastikan semua faktor penyumbang diatasi dengan berhemah oleh kerajaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.