Categories
NASIONAL

Skandal 1MDB cemar imej negara Islam & Pengerusi ASEAN

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEGAMBUT, 9 OKT: Skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencemarkan imej negara sebagai Pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata skandal itu juga memberi kesan negatif terhadap kepercayaan negara bukan Islam terhadap negara Islam memikul amanah diberikan.

Najib-1MDB“Kita juga adalah Oengerusi ASEAN dengan membawa imej Islam yang mana ini penting untuk kita jaga sera tunjukkan Islam menjaga amanah.

“Di peringkat antarabangsa melihat negara kita, orang yang menyoal disingkirkan, apabila orang dipertanggungjawabkan macam ada tangan ghaib seperti dikatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri,” kata Dr Wan Azizah.

Dr Wan Azizah berkata demikian pada majlis solat hajat terhadap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesejahteraan negara, di kediaman beliau di sini, malam tadi.

Dr Wan Azizah turut menggesa supaya Najib tidak cuba mengelak soalan berkaitan 1MDB dalam persidangan parlimen akan datang.

Ketika mengulas kemumgkinan berlaku undi tidak percaya dijalankan, Dr Wan Azizah percaya sukar dilakukan.

Wan Azizah“Itu memang salah satu pilihan yang ada tetapi di Parlimen kita, Speaker atau Yang Dipertua mempunyai cara tersendiri di mana ini adalah kekangan kita hadapi.

“Memang kita lihat, kalau seperti di Australia boleh sahaja menukar Perdana Menteri tetapi Malaysia nampak banyak lagi cabaran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.