Categories
SELANGOR

MB: Baju Merah lebih baik himpun di masjid buat qiyamullail

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 9 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyarankan Datuk Jamal Mohd Yunos mengajak pengikutnya berhimpun di masjid.

Beliau berkata himpunan sebegitu lebih afdal daripada menganjurkan perhimpunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

Azmin-Rakyat“Lebih baik mereka berhimpun di masjid untuk solat berjemaah dan buat qiyamullail serta solat hajat.

“Ini lebih berfaedah untuk membentuk akhlak mulia dan bertaubat,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau menyempurnkan Majlis Pecah Tanah Masjid Zakaria Batu 8 1/2 di sini tengah hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Jamal untuk mengadakan perhimpunan di Selangor.

Sebelum ini, Jamal turut menganjurkan himpunan baju merah yang dicemari insiden berbaur perkauman dan keganasan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.