Categories
NASIONAL

Tak masuk akal cabar Tun M tanding Parlimen Pekan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 OKT: Tindakan mencabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum akan datang tidak masuk akal hanya disebabkan beliau lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebaliknya perdana menteri yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan perlu menerima teguran atau kritikan mana-mana pihak dengan terbuka.

datuk-ibrahim-tuan-man1“Ini satu pandangan atau cabaran yang tak masuk akal. Tak semestinya bila seseorang kritik, tegur pemimpin, maka kita terus nak cabar beliau bertanding di tempat pemimpin yang dikritik.

“Menegur pemimpin satu persoalan, manakala masalah bertanding adalah isu lain. Sebagai pemimpin, beliau kena bersikap terbuka untuk dengar pandangan atau kritikan, manakala peringkat penyokong juga ahli pula tak patut buat cabaran yang tiada asas.

“Kalau macam tu, tak boleh kritiklah. Saya berpendapat, masa Tun Mahathir dah lepas untuk beliau bertanding pilihan raya. Saya rasa, beliau sendiri tak bercadang nak bertanding. Kalau nak, cabarlah orang lain,” kata Tuan Ibrahim kepada Selangor Kini, hari ini.

najib-razak1-may7-540x320Terdahulu, Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun adalah antara individu paling lantang mengkritik Najib khususnya isu 1MDB.

Manakala, Ali Tinju pula dianggap antara penyokong tegar yang berusaha mempertahankan Najib termasuk dengan cara menimbulkan kekecohan ketika majlis dialog ‘Nothing2Hide” dan membabitkan diri secara aktif dalam Himpunan Merah, baru-baru ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.