Categories
SELANGOR

Utara Semenanjung catat IPU sangat tidak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 OKT: Sebanyak enam kawasan di utara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat melebihi 200, pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 8 pagi bacaan tertinggi iaitu 262 dicatatkan di Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang.

Lima kawasan lain yang dikategorikan sangat tidak sihat termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bacaan 228, Kangar, Perlis (235) serta tiga lagi kawasan di Kedah iaitu Alor Setar (218), Bakar Arang, Sungai Petani (237) dan Langkawi (230).

jerebu kelab shh alamSementara itu, 28 kawasan masih lagi berada di zon tidak sihat antaranya lima di Selangor membabitkan Banting (122), Kuala Selangor (149), Pelabuhan Klang (161), Petaling Jaya (116) dan Shah Alam (139).

Di Pantai Timur, kawasan tidak sihat adalah SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (112), Tanah Merah (119), Kemaman (106), Kuala Terengganu (108) dan Balok Baru Kuantan (109).

Masih lagi kekal tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (102) dan Bukit Rambai (105) di Melaka selain Nilai (102) dan Seremban (106) di Negeri Sembilan.

Turut dikategorikan tidak sihat ialah lima kawasan di Perak iaitu Jalan Tasek, Ipoh (157), Kampung Air Putih, Taiping (161), S K Jalan Pegoh, Ipoh (173), Seri Manjung (183) dan Tanjung Malim (135).

Kawasan lain termasuk Batu Muda,Kuala Lumpur (122), Putrajaya (118) serta Tawau, Sabah (117) dan Kuching, Sarawak (125).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.