Categories
SELANGOR

Viral : Wanita bukan lipan, tak perlu kasut banyak

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 OKT: Ribuan peminat kasut wanita berjenama Vincci terpaksa berputih mata apabila jualan gudang jenama terkenal itu dibatalkan pihak Padini Holdings Berhad.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook mendapati pelbagai perkongsian netizen berhubung kesesakan luar biasa di jualan gudang yang berlangsung di Taman Perindustrian Hicom-Glenmarie itu.

VINCCI SALE“Niat nak belikan isteri akhirnya Vincci terpaksa ditutup disebabkan terlalu ramai dan akan dibuka semula esok jam 10 pagi,” tulis Shah Affendi di kumpulan Shah Alam Residen (Tak Suka Ban Orang).

Pada masa sama, ‘page’ Sukan Star TV turut berkongsi insiden sama dengan perkongsian satu ‘snap shot’ berkapsyenkan; Orang kita pantang jumpa perkataan ‘Sale’.

Status yang dimuat naik dua jam lalu itu mendapat lebih 8,000 ‘likes’ dengan hampir 2,000 komen warga maya.

STATUS VINCCI“Perempuan yang beli kasut banyak-banyak ni buat apa? Korang bukan lipan pun,” komen Umat Rasulullah.

“Bershopping lah seolah-olah kamu akan mati esok hari,” sindir Adriana Rayyan pula.

Sehubungan sambutan luar biasa, Padini terlebih dahulu memaklumkan di laman facebook rasminya jualan hari ini terpaksa ditunda sehingga esok.

Bagaimanapun, status terbaharu memaklumkan jualan gudang berkenaan terpaksa dibatalkan atas alasan keselamatan.

Jualan Gudang Vincci dijadual berlangsung bermula hari ini sehingga 4 Oktober dengan kesemua kasut dijual pada harga RM15.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.