Categories
SELANGOR

 Karnival Sihat Selangor ke Kuala Selangor 28 November ini

 

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 NOV: Orang ramai dijemput memeriahkan program Karnival Sihat Selangor peringkat daerah Kuala Selangor pada 28 November depan.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin, berkata karnival bermula 7.30 pagi di Padang Pekan Lama itu sarat pelbagai aktiviti menarik.

Katanya, antara aktiviti yang dijalankan ialah berjalan kaki 10,000 langkah, kayuhan jantungku dan senamrobik.

SIHAT SELANGOR“T-shirt edisi khas turut disediakan secara percuma untuk 300 peserta terawal.

“Orang ramai berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Majlis akan dirasmikan oleh Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi.

Karnival Sihat Selangor 2015 adalah kesinambungan daripada Kempen Gaya Hidup Sihat Selangor yang dilancarkan pada tahun Mac 2014.

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Siti Mazrizan Tohid di talian 03-32812235 atau melayari laman web http://www.mdks.gov.my/ untuk info lebih lanjut.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.