Categories
SELANGOR

Semua PBT bersih saliran elak banjir

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 NOV: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menjalankan kerja pembersihan longkang dan saliran dalam usaha mengekang bencana banjir di kawasan masing-masing.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah, berkata tindakan terbabit diambil memandangkan kebanyakan PBT menghadapi masalah air sungai melimpah.

EAN YONG“Berdasarkan laporan diterima, beberapa PBT menghadapi masalah air sungai melimpah hingga mengakibatkan air tidak memasuki longkang atau parit.

“Sebahagiannya pula kerana kerja pembinaan Metro Rail Transit (MRT) dan Aliran Transit Ringan (LRT) di sesetengah kawasan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajan Negeri menerusi PBT sentiasa menjalankan pemantauan supaya masalah seperti itu tidak berpanjangan seterusnya mengganggu aktiviti masyarakat.

“Untuk jangka panjang kita perlu kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Kerajaan Persekutuan supaya penyelesaiaan secara holistik dapat dilaksanakan,” katanya.

Baru-baru ini, berlaku banjir kilat di bandar raya ini mengakibatkan kira-kira 200 penduduk di Bandar Puncak Alam Fasa 2 terpaksa bermalam di pusat pemindahan sementara ekoran kediaman mereka dimasuki air.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.