Categories
SELANGOR

11 pengantin warnai Karnival 3k Hulu Langat

Oleh : AFIX REDZUAN

HULU LANGAT, 14 NOV: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) dimeriahkan dengan majlis Pernikahan Perdana 2015 Daerah Hulu Langat membabitkan 11 pasangan bertempat di Masjid Ar Rahman, Kampung Sungai Lui.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Dusun Tua, Razaly Hassan masing-masing menikahkan satu pasangan pengantin.

Kahwin PerdanaPasangan Muhammad Hakim jasmani, 24 dan Nurul syahirah Sehhedan, 24 dinikahkan sendiri oleh Ahmad Yunus sementara Razaly menikahkan mempelai Mohd Mazlan Miftah Rahmat, 28 dan Juliana Jamaludin, 22.

Khutbah pernikahan disampaikan Pegawai Tadbir Agama Hulu Langat, Hanifuddin Roslan.

Program pernikahan perdana itu merupakan inisiatif DUN Dusun Tua bagi memeriahkan lagi Karnival 3K.

Sebelum itu, mereka berbasikal di sekitar Kampung Sungai Lui bertemu masyarakat sekitar serta menyerahkan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ahmad Yunus berkata, karnival 3K membuka ruang promosi dan menjelaskan dasar Kerajaan Negeri kepada rakyat.

Yunus-Hairi“Bila kita turun bukan sekadar membawa mesej Kerajaan Negeri dan agensi (kerajaan) malah rakyat juga harus bersedia menerima mesej disampaikan.

“Saya lihat banyak program Kerajaan Negeri tidak sampai kepada rakyat bahkan perkara itu turut disentuh dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

Selaku Exco bertanggungjawab beliau mengakui terdapat kelemahan dalam penganjuran program 3K namun, ia boleh diperbaiki untuk masa akan datang.

Karnival 3K yang berlangsung di Hulu Langat merupakan penganjuran kelapan dan dijadual berakhir di Hulu Selangor, Disember ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.