Categories
SELANGOR

3K junjung titah Sultan jadikan Selangor tanda aras kepimpinan Islam

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 18 MAC: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) pada tahun ini membawa mesej dititahkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menjadikan Selangor sebagai tanda aras ketamadunan kepimpinan Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata tema ini bersesuaian dengan senario semasa yang menyaksikan terdapat banyak kes salah laku melibatkan pemimpin sejak akhir-akhir ini.

“Penerapan yang kita bawa dalam Karnival 3K tahun ini berkaitan dengan soal kepimpinan terutamanya masyarakat Islam supaya mengambil peranan dalam titah DYMM Sultan Selangor supaya Selangor dijadikan penanda aras ketamadunan kepimpinan Islam.

YUNUS HAIRI“Ini amat bertepatan dengan keadaan hari ini di mana setiap hari kita dengar isu salah tadbir urus, salah laku pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan sebagainya dan saya kira penerapan inilah yang kita nak bawa kepada pemimpin di Selangor tak kita pemimpin dalam keluarga atau jabatan, agensi, malah ke peringkat Kerajaan Negeri.

“Kita mahu tadbir urus yang baik, ketelusan, kebertanggungjawaban, integriti itu akan diterapkan dalam kepimpinan di semua lapisan peringkat,” kata Ahmad Yunus kepada SelangorKini selepas merasmikan Karnival 3K di Masjid At-Taqwa, Kampung Bukit Kapar di sini, malam tadi.

Jelasnya, selain itu Karnival 3K turut membawa agenda memperkasakan aqidah ahli sunnah wal jamaah berikutan semakin banyak kefahaman dan ajaran sesat menggugat kesejahteraan umat Islam di negara ini.

Katanya, turut disampaikan melalui Karnival 3K tahun ini adalah mesej memperkasakan institusi kekeluargaan supaya melahirkan generasi baik pada masa hadapan.

-nR-

Categories
SELANGOR

11 pengantin warnai Karnival 3k Hulu Langat

Oleh : AFIX REDZUAN

HULU LANGAT, 14 NOV: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) dimeriahkan dengan majlis Pernikahan Perdana 2015 Daerah Hulu Langat membabitkan 11 pasangan bertempat di Masjid Ar Rahman, Kampung Sungai Lui.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Dusun Tua, Razaly Hassan masing-masing menikahkan satu pasangan pengantin.

Kahwin PerdanaPasangan Muhammad Hakim jasmani, 24 dan Nurul syahirah Sehhedan, 24 dinikahkan sendiri oleh Ahmad Yunus sementara Razaly menikahkan mempelai Mohd Mazlan Miftah Rahmat, 28 dan Juliana Jamaludin, 22.

Khutbah pernikahan disampaikan Pegawai Tadbir Agama Hulu Langat, Hanifuddin Roslan.

Program pernikahan perdana itu merupakan inisiatif DUN Dusun Tua bagi memeriahkan lagi Karnival 3K.

Sebelum itu, mereka berbasikal di sekitar Kampung Sungai Lui bertemu masyarakat sekitar serta menyerahkan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ahmad Yunus berkata, karnival 3K membuka ruang promosi dan menjelaskan dasar Kerajaan Negeri kepada rakyat.

Yunus-Hairi“Bila kita turun bukan sekadar membawa mesej Kerajaan Negeri dan agensi (kerajaan) malah rakyat juga harus bersedia menerima mesej disampaikan.

“Saya lihat banyak program Kerajaan Negeri tidak sampai kepada rakyat bahkan perkara itu turut disentuh dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

Selaku Exco bertanggungjawab beliau mengakui terdapat kelemahan dalam penganjuran program 3K namun, ia boleh diperbaiki untuk masa akan datang.

Karnival 3K yang berlangsung di Hulu Langat merupakan penganjuran kelapan dan dijadual berakhir di Hulu Selangor, Disember ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

Dakwah santai menelusuri ceruk daerah menjelang 2016

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 OKT: Pendekatan dakwah secara santai diketengahkan dalam program Bual Bicara – Jalan Ke Syurga diperluas ke peringkat daerah melalui pelbagai aktiviti berikutan sambutan membanggakan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program seumpama itu diselitkan dalam Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) bermula tahun depan.

YunusHairi“Program Bual Bicara – Jalan Ke Syurga peringkat negeri diharap dapat diperluaskan ke peringkat daerah dengan Jabatan Agama Islam Daerah mengambil inisiatif mengadakannya.

“Program ilmu berbentuk informal yang boleh diadakan di tempat santai seperti kawasan pasar malam dan tempat menjamu selera bersama masyarakat terutama anak muda,” katanya kepada Selangor Kini.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus juga sedang giat merangka penambahbaikan program 3K seperti bengkel pasca perkahwinan.

“Terdapat permintaan untuk diadakan program seperti itu apabila ketika ini kita melihat berlaku perceraian dan pergaduhan dalam sistem kekeluargaan,” katanya.

-nR-