Categories
SELANGOR

22 kompaun pembakaran terbuka hingga Oktober

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan yang boleh disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah bagi menangani masalah jerebu di Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata peruntukan itu melalui urusetia Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berdasar keperluan sesuatu kes membabitkan Selangor.

Elizabeth Sidang DUN 02 jul 01Elizabeth (KEADILAN-Bukit Lanjan) berkata, antaranya kebakaran berskala besar di Hutan Simpan Raja Musa seluas 180 hektar dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (40 ekar), baru-baru ini.

“Bagi kes kebakaran, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah akan digerakkan untuk mengambil tindakan bersepadu bagi memadam kebakaran itu mengikut Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Kebakaran Hutan dan jerebu.” katanya menjawab pertanyaan Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang).

Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri juga membuat perolehan set peralatan pemadam kebakaran di kawasan tanah gambut yang dikenali sebagai ‘Peat Fire-X’ (PFX) dengan anggaran kos RM1.2juta.

“Set peralatan itu terdiri daripada serbuk PFX, pam, hos, dua buah tangki pembancuh 500 dan 100 gelen,” katanya.

jerebu 3Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengambil tindakan jangka panjang bagi menangani kes pembakaran terbuka antaranya meningkatkan paras air tanah dan saliran sedia ada di kawasan Hutan Paya Gambut.

“Pembinaan infrastruktur seperti check dam, tube well, kolam takungan, menara tinjau dan saluran paip dilaksanakan.

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 22 kompoun dikeluarkan dan 16 kertas siasatan disediakan untuk diambil tindakan mahkamah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.