Categories
SELANGOR

2,800 lampu LED dipasang di seluruh DUN

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 NOV: Sebanyak 2,800 unit lampu LED, iaitu 50 untuk setiap DUN mula dipasang di seluruh negeri dengan perbelanjaan RM5.6 juta mulai 2016.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata cadangan penggantian lampu jenis Sodium Oxide Neon (SON) dan High Powder Sodium Vapor (HPSV) kepada lampu Light Emmitted Diode (LED) dibuat dengan kos minimun tanpa melibatkan pertukaran kabel, tiang atau eksesori elektrik lain.

DNS-2015-small“Kerana permintaan semakin meluas, pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2015, cadangan penggunaan lampu LED diluluskan pada 22 September lalu.

“Penggantian dan pemasangan dibuat mengikut standard dan spesifikasi diluluskan Jabatan Teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi jalan negeri yang diselenggara,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri membuat perbandingan terhadap lampu jenis LED lampu jalan jenis SON dan HPSV mengambil kira beberapa aspek.

“Darjah kecerahan lampu LED lebih cerah berbanding lampu SON. Manakala lampu HPSV juga mempunyai kecerahan tinggi tetapi menggunakan lebih tenaga elektrik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.