Categories
SELANGOR

500,000 disasar kunjungi Festival Petaling Jaya 28 November

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Anggaran lebih 500,000 pengunjung bakal memeriahkan Festival Petaling Jaya 2015 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 28 dan 29 November ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata selari dengan hasrat menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar destinasi pelancongan, festival tahun ini bertemakan ‘Our Community’ bagi menarik minat masyarakat luar berkunjung ke kawasan seliaannya.

Petaling Jaya“Laporan semakan ke laman sosial MBPJ sama ada di twitter, instagram atau facebook,lebih 500,000 pengunjung melayari laman web kami dan memberi maklum balas memberangsangkan.

“Selain itu, fokus utama kita adalah mengukuhkan integrasi sosial di kalangan komuniti dan masyarakat melalui aktiviti dijalankan selaras dengan hala tuju tema tahun ini,” katanya sewaktu pelancaran PJ Fair 2015 di Ibu Pejabat MBPJ, di sini, hari ini.

Mohd Azizi berkata, penutupan jalan di Jalan Yong Shook Lin bagi kerja persiapan bermula hari ini pada jam 12 tengah malam dan dibuka semula pada jam 6 pagi esok.

“Manakala penutupan sepenuh bermula jam 5.00 petang pada 27 November sehingga jam 6.00 pagi 30 November.

“Majlis menyediakan 2,533 tempat letak kenderaan kerana kawasan di hadapan Dewan Sivik juga ditutup,” katanya.

Orang ramai khususnya seluruh penduduk Petaling Jaya dijemput hadir memeriahkan lagi festival.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi urusetia program MBPJ ditalian 03-7956 3544 sambungan ke 261, 262 atau 358.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.