Categories
SELANGOR

Adun pembangkang ‘kantoi’ main ‘game’ ketika sidang DNS

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 NOV: Salah seorang Adun pembangkang disyaki bermain permainan video ketika sesi perbahasan di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Berdasarkan gambar dirakam jam 12.30 tengah hari, beliau kelihatan leka bermain ketika sesi perbahasan hangat berlangsung.

game DNSPada waktu itu, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) sedang rancak berbahas usul Belanjawan Selangor 2016 dengan disertai wakil pembangkang lain.

Ketika rakan pembangkang seperti Rosni Sohar (BN-Hulu Bernam) dan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) bangun menyertai perbahasan, Adun di kawasan Kuala Selangor itu lebih selesa melayan permainan video.

Pada 30 Oktober lalu, DNS dibuka dengan pengumuman Belanjawan Selangor 2016 oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Bertemakan ‘Membangun Smart Selangor Yang Peduli’, hari ini merupakan hari pertama perbahasan sesi penggal ketiga DNS yang ke-13.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.