Categories
SELANGOR

Ajaran Millah Abraham difatwa sesat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 NOV: Ajaran Millah Abraham telah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sebagai ajaran sesat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor, Datuk Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata Orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran itu.

Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid“Ajaran Millah Abraham atau dikenali Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Mereka mendakwa adanya rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W, mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti mereka, menyalahertikan maksud kiamat dan tidak melaksanakan solat lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan,ajaran tersebut juga menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

“Mereka taksub kepada ajaran sehingga sanggup memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri sekiranya tidak mengikuti fahaman dan ajaran itu.

“Mana-mana orang Islam yang telah berbaiā€™ah atau mengamalkan fahaman
dan ajaran Millah Abraham adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T,” katanya.

Orang Islam yang melakukan perkara tersebut boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri itu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.