Categories
SELANGOR

AMK Selangor anjur sukan cegah sindrom anak muda ‘lesu’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 22 NOV: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berhasrat menjadikan pertandingan futsal Piala AMK Selangor sebagai acara tahunan dengan melibatkan lebih ramai golongan belia negeri itu.

Timbalan Ketua AMK Selangor, Zainul Abidin Mohamed, berkata jumlah hadiah kemenangan turut ditingkatkan kepada pasukan bertanding pada tahun hadapan.

AMK“Selain futsal, AMK Selangor juga akan menganjurkan pertandingan bola sepak di Shah Alam dan pelbagai program lain yang sedang dirangka.

“Saya harap ahli AMK aktif melibatkan diri dan berkerjasama dalam pelbagai program tak kira sama ada aktiviti politik, kemasyarakatan atau bidang kesukanan,” katanya kepada Selangor Kini.

Zainul berkata, fokus utama AMK mengadakan pelbagai program kesukanan adalah untuk mengelakkan generasi muda terlibat dengan gejala tidak sihat dan terjebak dengan sindrom anak muda lesu.

AMK FUTSALTerdahulu, sebanyak 24 pasukan yang terdiri daripada AMK cabang seluruh Selangor mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu.

Kejohanan berlangsung selama sehari itu dijuarai AMK Shah Alam dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala iringan, AMK Subang B sebagai naib johan membawa hadiah wang tunai RM800, AMK Subang C tempat ketiga dan keempat dimenangi AMK Pandan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.