Categories
SELANGOR

Azmin: BN pembuli besar jika hukum Izzah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Tindakan terbaru Barisan Nasional (BN) mahu menghukum Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menerusi Parlimen adalah tidak demokratik dan menjengkelkan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan itu hanya menunjukkan BN pembuli besar jika ia benar-benar berlaku.

MB Azmin“Ia harus dihentikan dan pemimpin BN sepatutnya menjawab kepada rakyat tentang isu dan skandal yang mencengkam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada serangan berterusan BN terhadap Izzah berhubung perjumpaan dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata ,beliau dan seorang lagi Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua tidak mengaturkan pertemuan itu dan Jacel dijemput penganjur, termasuk Pejabat Naib Presiden Filipina.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, sehingga kini BN masih gagal membuktikan Izzah dan Tian Chua berbohong dalam penjelasan mereka.

“Sebaliknya, pimpinan tertinggi kerajaan dan polis tidak melakukan apa-apa untuk menafikan kenyataan Izzah itu, malah membuat tuduhan liar konon berlaku perbuatan khianat.

“Serangan bermotif politik ini ternyata tidak bermaruah dan pengecut,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.