Categories
SELANGOR

Banjir Kuala Selangor: 587 masih di tujuh pusat pemindahan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 NOV: Seramai 587 mangsa banjir daripada 124 keluarga masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan, setakat pagi ini.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badlisza Mohd Noor, berkata walaupun air surut di beberapa kawasan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Selangor siap sedia menghadapi fenomena air pasang surut bermula hari ini.

pray ksKatanya, fenomena itu dijangka melanda daerah itu dan Klang bermula hari ini sehingga 29 November dengan ketinggian paras air minimum lima meter.

“Jabatan Meteorologi juga meramalkan negara dilanda luruhan air monsun hujan lebat beserta air kencang dan ribut petir pada 26 dan 27 November ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, Sekolah Kebangsaan Parit Mahang menempatkan paling ramai mangsa dengan 388 orang daripada 72 keluarga.

Pusat pemindahan lain, Masjid Simpang Tiga Jeram pula menempatkan 29 mangsa daripada tujuh keluarga dan Balai Raya Kampung Bukit Kuching menempatkan 61 mangsa daripada 11 keluarga.

Sementara itu, terdapat 35 mangsa daripada 14 keluarga di Balai Raya Kampung Bukit Cherakah dan 34 mangsa melibatkan sembilan keluarga di Balai Raya Kampung Bukit Hijau.

Surau Ladang Tuan Mee juga masih menempatkan 29 mangsa daripada sembilan keluarga manakala Balai Raya Kampung Asahan kini menempatkan 11 mangsa daripada dua keluarga.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.