Categories
SELANGOR

Belanjawan defisit tidak jejas kewangan negeri

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 NOV: Walaupun Selangor mencatat perbelanjaan defisit dalam Belanjawan 2016, namun ia tidak menjejaskan kedudukan kewangan negeri.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata, Kerajaan Negeri memiliki rizab kukuh bernilai RM3.6 bilion sehingga kini berbanding pada 2014.

yb skinchan 1-edit“Kritikan pembangkang lebih kepada cemburu kerana saya yakin mereka tidak tahu pengurusan Selangor mantap, tetapi mereka (Barisan Nasional) cuba buktikan sebaliknya.

“Selangor adalah negeri contoh yang bakal mengetuai misi menawan Putrajaya,” katanya ketika sesi perbahasan belanjawan di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Menyentuh pengurusan kewangan Kerajaan Persekutuan, Suee Lim berkata mereka memiliki pendapatan tinggi hasil kutipan cukai, namun gagal mengawal perbelanjaan berhemah.

Beliau berkata, masalah sama berlaku setiap tahun hingga menyebabkan mereka memindah beban kepada rakyat dengan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kalau hasil ada, tetapi tidak pandai mengurus menyebabkan belanja makin mengembang hingga meletup dan akhirnya hutang keliling pinggang.

“Kalau 30 tahun dulu soal hutang boleh dinafikan di media massa, tetapi kini tidak lagi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.