Categories
SELANGOR

DNS benar usul Anwar dapatkan rawatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 NOV: Cubaan Budiman Zohdi (BN Sungai Panjang) menghalang usul berkenaan rawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh.

Hannah berkata usul berkenaan dibenarkan kerana Anwar merupakan Penasihat Ekonomi Selangor dan ia relevan untuk dibahaskan di DNS.

DNS-2015-smallTerdahulu, Budiman mempersoalkan usul yang dibawa Dr Xavier Jayakumar (KEADILAN Seri Andalas) sebagai bukan berkaitan hal Selangor.

“Saya bantah mengapa (usul) mesti di sini, sedangkan kami tidak boleh mewakili atau menjawab bagi Kerajaan Persekutuan atau Parlimen.

“Sedangkan wakil Gombak atau Lembah Pantai boleh membawa usul ini ke Parlimen, lebih sesuai,” katanya di DNS di sini, hari ini.

Hannah mengulangi keputusannya membenarkan usul dan turut disokong wakil rakyat lain yang mahu mencelah Budiman.

Teng Chang Khim (DAP Sungai Pinang) kemudian bangkit membacakan peraturan tetap berhubung tindakan Budiman itu.

“Usul sedemikian perlu diberitahu sekurang-kurangnya dua jam kecuali pada hari Jumaat sekurangnya satu jam setengah sebelum mesyuarat mula bersidang.

“Usul ini berkehendakkan sekurangnya satu pertiga daripada ahli dewan bangun di tempat masing-masing menyokong sebelum usul ini dicadangkan.

“Jika kurang satu pertiga ahli dewan bangun maka pengerusi hendaklah menolak usul itu tanpa sebarang perbahasan.

“Jadi ini cukup jelas dan saya harap Sungai Panjang, orangnya kenalah sama dengan namanya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.