Categories
KENYATAAN MEDIA

Hentikan intimidasi terhadap peserta Bersih 4

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyelar tindakan berterusan pihak polis untuk menakutkan dan mengganggu peserta perhimpunan aman Bersih 4.

Terbaru hari ini, Saudara Bad Latif Mansor dipanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan terhadap perhimpunan tersebut.

CT_8SpfUYAAy0UvIni dilakukan setelah baru sahaja beberapa minggu lalu isteri dan anak beliau, Puan Nashita Mohd Noor dan Asiah Latif dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai hak sejagat, dan ia tidak wajar disekat-sekat demi kepentingan politik mana-mana pihak.

Bukan sahaja itu, orang ramai juga mempunyai hak demokratik untuk menyuarakan kritikan dan bantahan. Hak ini tidak boleh digugat atau cuba dinafikan dengan menakut-nakutkan orang ramai.

BERSIH 2.0 justeru menggesa supaya semua siasatan dan pendakwaan terpilih terhadap mana-mana peserta perhimpunan aman Bersih 4 dihentikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.