Categories
SELANGOR

Isu air bukan penghalang, pelaburan Selangor semakin rancak

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 NOV: Isu air tidak menghalang sektor pelaburan terus berkembang bagi meletakkan Negeri Selangor mendahului perolehan jumlah projek tertinggi di Malaysia.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata jika masalah air menjadi persoalan besar sudah pasti Kerajaan Negeri tidak mampu memberi kelulusan kepada 139 projek.

Katanya, nilai pelaburan tidak boleh dijadikan ukuran kerana beberapa negeri lain hanya bergantung kepada satu projek besar sekaligus menyaksikan mereka mempunyai nilai pelaburan tinggi.

Teng Sidang DUN“Jumlah nilai projek bergantung kepada industri sedangkan kita terlalu biasa melihat kepada nilai berbanding jumlah projek.

“Hakikatnya, saban tahun Selangor mendahului negeri lain dalam jumlah projek pelaburan.

“Keadaan itu menunjukkan kita mempunyai asas dan nilai yang kukuh,” katanya kepada media di lobi Bangunan Annex.

Sehingga Jun 2015, Selangor menduduki tempat keempat dengan nilai pelaburan berjumlah RM4.2 bilion

Jelas Adun Sungai Pinang itu, sektor perkhidmatan menjadi penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor sebanyak 50 peratus diikuti sektor pembuatan 30 peratus.

Belanjawan 2016 NESTLEIni dibuktikan dengan kemasukan pelaburan daripada syarikat Rolls Royce (RR) sebanyak RM830 juta dan Nestle Sdn Bhd hampir RM400 juta dalam sektor makanan.

Katanya, sektor pelaburan dalam Malaysia menyaksikan persaingan sihat antara Selangor dan Pulau Pinang.

“Kalau melihat daripada angka sekarang, setengah tahun pertama kita sudah memperoleh RM4.2 bilion. Sekiranya dapat jumlah sama pada setengah tahun kedua, kita peroleh jumlah hampir RM8.4 bilion.

“Ini jumlah yang lebih tinggi daripada tahun 2014 sebanyak RM7 bilion,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.