Categories
SELANGOR

Karnival HIJRAH 4 Disember sasar 20,000 pengunjung

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 6 NOV: Lebih 100 gerai usahawan HIJRAH Selangor bersama vendor dan syarikat jualan ternama bakal dihimpunkan di Karnival Usahawan HIJRAH Selangor 2015 (KAWAN’15) bermula 4 hingga 6 Disember ini.

Karnival selama tiga hari dua malam itu bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam itu berlangsung di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

12188986_1511311919162958_1374227244448561358_nPengerusi Eksekutif HIJRAH Selangor, Datuk Mansor Othman, berkata karnival itu dijayakan melalui dana program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Menteri Besar Incorporated (MBI) bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dengan sasaran lebih 20,000 pengunjung.

“Melalui karnival itu kita meraikan kejayaan usahawan HIJRAH hasil daripada disiplin dan ketekunan yang ditonjolkan.

“Pelbagai aktiviti menarik seperti Malam Dakwah Muzikal dan Malam Santai Muzikal dipersembahkan penghibur tanah air.

“Forum wanita dan usahawan oleh panel jemputan diadakanserta pertandingan memancing, larian denai dan cabutan bertuah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dijadualkan merasmikan dan menyampaikan pembiayaan HIJRAH kepada 3,000 penerima.

Selain itu, HIJRAH bakal melancarkan laman web HIJRAH Selangor dan Koperasi Warga HIJRAH Selangor (KOHIJRAH) disamping membuat penjenamaan semula Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor kepada Yayasan HIJRAH Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.