Categories
NASIONAL

Gelar Ahli Parlimen pondan, ambil tindakan disiplin terhadap Azeez

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 NOV: Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang memanggil Ahli Parlimen pembangkang sebagai pondan di Dewan Rakyat wajar dikenakan tindakan disiplin kerana menghina kedudukan seorang wakil rakyat yang dipilih.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas jika perkara sama berlaku di DNS walaupun membabitkan wakil rakyat pro Kerajaan Negeri.

Hannah Yeoh pic“Mereka dipilih penduduk di kawasan masing-masing dan sebab itu dipanggil Yang Berhormat. Anda tak boleh panggil mereka Yang Berhormat tetapi pada masa sama memanggilnya pondan.

“Jikau ada sesiapa di DNS lakukan perkara sama, tindakan disiplin akan diambil. Saya tak akan toleransi sama ada datang daripada pembangkang atau kerajaan kerana bila mereka masuk, maka harus hormat antara satu sama lain,” katanya di Lobi Bangunan Annex, DNS di sini, hari ini.

Katanya, perasaan hormat terhadap wakil rakyat juga tidak wajar dihadkan di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sahaja tetapi harus dipraktik setiap masa.

azeez rahimHannah yang juga Ketua Wanita DAP Selangor turut menggesa Azeez meminta maaf dan memastikan perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Terdahulu, Azeez mengeluarkan perkataan seksis seperti ‘pondan’, ‘balik tongsan’ dan ‘apek’ kepada Ahli Parlimen Batu Kawan dan beberapa Ahli Parlimen DAP lain.

Beliau mendapat bantahan Ahli Parlimen lain dan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan supaya Azeez menarik balik perkataan itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.