Categories
NASIONAL

KEADILAN desak Bajet IPTA ditambah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 NOV: KEADILAN membantah pemotongan bajet Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Pengarah Strateginya, Sim Tze Tzin, berkata kajian Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) menunjukkan pelaburan ke dalam pendidikan tinggi membawa pulangan tinggi kepada negara.

PENDIDIKAN GRAFIKKatanya, secara purata, setiap ringgit dilaburkan dalam pelajaran tinggi memberi pulangan RM6 dalam bentuk cukai selain perolehan ‘mutiplier effect’ yang tinggi.

“Pada masa sekarang, pergantungan IPTA kepada kerajaan adalah pada kadar 85-90 peratus.

“Sasaran kerajaan adalah menurunkan pergantungan IPTA kepada kerajaan sehingga 70 peratus menjelang 2020.

“Maka, kita boleh menjangkakan pemotongan bajet IPTA berterusan pada tahun-tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 23 September lalu, Belanjawan 2016 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemotongan bajet RM1.4 billion daripada IPTA tetapi meningkatkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM1 bilion.

Belanjawan itu juga menyaksikan Universiti Malaya mengalami pemotongan bajet terbesar iaitu 27.3 peratus.

Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, kesilapan itu masih sempat diperbetulkan Najib yang juga Menteri Kewangan dengan mengemukakan usul dalam peringkat jawatankuasa Parlimen minggu hadapan.

“Dia boleh usulkan pemotongan RM1.4 bilion daripada JPM dan jumlah itu ditambah ke dalam peruntukan bajet IPTA 2016 demi mahasiswa dan masa depan negara,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.