Categories
NASIONAL

KEADILAN tentukan hala tuju tanpa pengaruh luar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 NOV: KEADILAN akan terus memastikan hala tuju parti itu berada di landasan tepat dalam memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa dipengaruhi unsur luar.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali, berkata pihak luar perlu menghormati pendirian KEADILAN sebagaimana mereka menghormati pandangan pihak lain.

“Bukan sahaja musuh politik yang menyerang, kadangkala ada juga cuba menyinggung kita tetapi Alhamdullilah seluruh anggota parti bersama mendukung Presiden untuk menentukan arah tuju parti.

mbkongres web 1“Ini parti kita, ini kongres kita. Kita ada Presiden dan Majlis Kepimpinan yang menentukan masa depan parti dan bukan orang lain yang cuba mencorakkan masa depan KEADILAN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 di IDCC di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin ketika mengalu-alukan penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Kamaruddin Jaafar ke dalam KEADILAN berkata, parti yang dianggotai pelbagai latar belakang itu mampu menerima perbezaan pendapat.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang tidak dapat menerima perbezaan pendapat dan teguran seperti dikenakan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut menyifatkan permuafakatan kukuh dalam KEADILAN adalah salah satu kejayaan terbesar yang dicapai parti berbilang kaum itu.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.