Categories
NASIONAL

Kongres KEADILAN 28 November tampil 4 tokoh besar

SHAH ALAM 24 NOV: Kongres KEADILAN yang bakal berlangsung pada 28 November ini memilih tema kupu-kupu dengan tema “Bebas Rakyat, Bebas Anwar”.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata kongres yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam turut membawa kelainan dengan menampilkan empat tokoh besar negara.

Kongres KEADILANKatanya, individu itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan seorang bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terbesar yang akan mengumumkan kemasukannya ke KEADILAN tidak lama lagi.

“Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak jatuh menjunam dan hilang populariti di kalangan rakyat menyebabkan wujud keperluan mendesak untuk kepimpinan alternatif yang boleh membawa negara keluar dari musibah ini.

“Kepimpinan alternatif paling sesuai dengan keperluan mendesak itu tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dipetik Malaysia Kini.

Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu berkata KEADILAN mengambil pendirian bahawa pembebasan rakyat daripada “kepimpinan tempang perdana menteri” berkait rapat dengan pembebasan bekas ketua pembangkang itu.

Pada sidang media itu juga Rafizi turut memperlihatkan logo kongres kali ini yang diilhamkan daripada “seekor kupu-kupu” berwarna-warni yang terbang bebas melambangkan kebebasan dan kepelbagaian dibawa KEADILAN.

Menurut Rafizi lagi, perbahasan sepanjang kongres juga dijangka berkisar mengenai krisis kepimpinan pentadbiran Najib.

Dalam kongres tahunan kali ini, Rafizi memberitahu, seramai 1,530 perwakilan dari 218 cabang KEADILAN di seluruh negara akan menghadirinya, selain kira-kira 500 jemputan khas.

Kongres kali ini adalah yang pertama tanpa kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjarakan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.