Categories
SELANGOR

Kejayaan UNISEL anjur persidangan antarabangsa dapat pujian

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 NOV: Universiti Selangor (UNISEL) berjaya menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa membabitkan kehadiran tokoh pendidikan terkenal dari luar ke Selangor.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata Persidangan Antarabangsa Mengenai Revolusi Sains Hayat selama dua hari itu adalah medan terbaik bagi peserta mendapatkan informasi berguna daripada kalangan tokoh berkenaan.

IMG_20151124_094250Katanya, ia adalah membanggakan dengan Selangor menjadi antara negeri tumpuan bagi masyarakat dari dalam dan luar negara.

“Tahniah kepada UNISEL kerana berjaya menganjurkan persidangan membabitkan tokoh dan universiti terkenal dari seluruh dunia,” katanya kepada Selangor Kini selepas majlis perasmiannya di sini, hari ini.

Beliau dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri diketuai Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, mengalu-alukan kehadiran mereka yang sudi berkongsi idea dan kepakaran dalam majlis itu.

Katanya, persidangan ini pastinya membawa sumbangan besar tidak hanya kepada Selangor tetapi juga negara.

“Selangor sendiri mengerakkan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“STEM berupaya melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada kestabilan ekonomi,” katanya.

Antara pembentang kertas kerja dari luar negara dalam persidangan itu ialah Prof Dr Tati Suryati Syamsudin dari Institut Teknolgi Bandung, Indonesia; Prof Tony Cass (Imperial College, London, United Kingdom) dan Prof Dr Tawfiq Arafat (Universiti Petra, Jordan).

Manakala tokoh dari institusi tempatan ialah Prof Datin Paduka Dr Khatijah Yusoff (Universiti Putra Malaysia); Prof Dr Mohamed Ibrahim Noordin (Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal), Prof Dr Mohammad Zakaria (Institut Agro Bioteknolgi) dan Prof Dr Nobuyuki Kawsaki (UNISEL).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.