Categories
SELANGOR

Koperasi HIJRAH ditubuh perkasa usahawan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 NOV: Koperasi Warga HIJRAH Selangor (KoHIJRAH) bakal dilancarkan di Karnival Usahawan HIJRAH Selangor 2015 (Kawan’15) berlangsung di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, dekat sini pada 4 hingga 6 Disember ini.

Ketua Pengurus Operasi HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir, berkata penubuhan KoHIJRAH untuk membantu usahawan membina kerjaya dalam keusahawanan di seluruh Selangor yang berada di bawah kendaliannya

pc hijrah 1-web“KoHIJRAH dilancarkan dalam Kawan’15 nanti dan penubuhannya meluaskan lagi operasi kita ke arah membantu kalangan usahawan.

“Ia bersesuaian dengan agenda Kerajaan Negeri bagi melahirkan usahawan berjaya dan meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), 30 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, mengumumkan peruntukan tambahan RM31 juta diberikan kepada Yayasan HIJRAH Selangor.

Ia bagi meluaskan program pembangunan berteraskan ekonomi di Selangor menjelang tahun depan.

Katanya, ia digunakan sepenuhnya untuk menubuhkan Koperasi dan Bazaar HIJRAH serta diperluaskan dengan menyasarkan golongan ibu tunggal, asnaf, pekerja ladang, belia dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Koperasi HIJRAH Selangor bertujuan membuka ruang dan peluang perniagaan lebih besar kepada peserta manakala Bazaar HIJRAH memberi ruang dan landasan peserta menjual produk dihasilkan dalam ruang niaga bersepadu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.