Categories
SELANGOR

Dengar rintihan rakyat, sedia kaji kelulusan The Louvre

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 NOV: Kerajaan Negeri sedia mengkaji kelulusan yang diberikan kepada pemaju kondominium The Louvre di Kajang jika bantahan terbaru yang dikemukakan orang ramai termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah didapati munasabah.

EAN YONGExco Kerajaan Tempatan Selangor, Ean Yong Hian Wah, berkata antara tindakan yang diambil termasuk memberi beberapa syarat tambahan supaya pemaju berkenaan boleh membetulkan kelemahan seperti aduan orang ramai.

“Seperti yang disebutkan Dato’ Menteri Besar dalam Dewan Negeri Selangor lalu bahawa Kerajaan Negeri sedia mendengar rintihan dan pandangan rakyat termasuk PIBG SMKA Maahad Hamidiah berhubung pembinaan The Louvre setinggi 36 tingkat di Kajang.

“Kita akan meneliti cadangan dan bantahan terbaru mereka sama ada relevan atau memang ada isu. Kita akan bertindak untuk menyelesaikan situasi itu dengan meletakkan syarat baru yang difikirkan sesuai dengan bantaha,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

the lourveKatanya, sebelum ini Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah memberi beberapa syarat tambahan kepada pemaju projek kondominium mewah itu selepas mengambil kira bantahan yang dibuat orang ramai, awal tahun ini.

Hian Wah berkata, syarikat pemaju berkenaan kemudiannya membuat beberapa pindaan terhadap pelan pembangunan projek itu bagi mematuhi syarat tambahan yang dikenakan MPKj.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.