Categories
SELANGOR

KSSB catat keuntungan RM84.61 juta hasil pasir

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 NOV : Sejumlah RM84.61 juta keuntungan bersih pengeluaran pasir dicatatkan melalui kontraktor lantikan, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia didorong peningkatan jumlah produk pasir kepada lebih 44 juta tan metrik sejak KSSB beroperasi pada 2008.

Katanya, langkah proaktif turut diambil memastikan urus tadbir korporat syarikat itu mampu menambah baik pengeluaran pasir.

IMG_5828“Kita sudah mengarahkan KSSB menambah baik penggunaan teknologi mengawal ketirisan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh diselia secara atas talian dari tapak operasi.

“Integrasi antara sistem jambatan timbang digunakan di tapak terus ke ibu pejabat KSSB turut diwujudkan bagi memastikan tiada ketirisan,” katanya semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) berkenaan produksi pasir dikeluarkan KSSB.

Pada masa sama, Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menambah baik operasi bagi mencapai sasaran organisasi.

Curi Pasir-GrafikKatanya, Prosedur Operasi Standard (SOP) ditambah baik dari masa ke masa dengan mengemas kini hala tuju syarikat untuk tempoh tiga tahun akan datang.

“KSSB sudah berjaya meningkatkan pemasaran agresif dan terbukti apabila berjaya menjual ‘stock pile’ pada 2014 untuk meningkatkan hasil dan pendapatan negeri,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.