Categories
SELANGOR

Laporan Ketua Audit Negara puas hati pelaksanaan perolehan PKNS

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Jabatan Audit Negara (Audit) mendapati pelaksanaan perolehan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memuaskan daripada segi proses pemilihan dan lantikan kontraktor atau pembekal yang dilaksanakan mematuhi peraturan ditetapkan.

Dalam Audit antara bulan Mac hingga Julai 2015, PKNS melaksanakan 533 perolehan bernilai RM1.87 bilion meliputi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi tahun 2012 hingga 2014.

PKNSHasil dapatan menemui kelemahan dari segi kelewatan perolehan tander dan sebut harga, pecahan sebut harga sewaan komputer, borang pesanan perolehan pembelian serta kegagalan mematuhi peraturan kewangan.

“Bahagian Perolehan tidak menyelenggarakan maklumat perolehan dengan lengkap dan kemas kini bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

“Bagi perolehan secara pembelian terus, bilangan dan nilai perolehan tidak dapat ditentukan kerana sistem perakaunan tidak boleh menjana laporan bagi menentukan bilangan pembelian terus dibuat Jabatan atau Bahagian berkaitan,” katanya dalam Laporan Ketua Audit Negeri Selangor 2014 Siri 3.

Perolehan dilaksanakan dibiayai daripada pendapatan operasi PKNS meliputi pendapatan projek kemajuan hartanah dan penswastaan.

Bagi mempertingkatkan pengurusan perolehan, Audit mengesyorkan PKNS memastikan perolehan dilaksanakan mematuhi polisi dan peraturan ditetapkan selain disempurnakan dalam tempoh ditetapkan.

Katanya, amalan tidak mematuhi peraturan kewangan perlu diperbetulkan dan pegawai terlibat perlu diberikan pendedahan melalui kursus serta latihan berkaitan.

“PKNS perlu memastikan pentadbiran kontrak dilaksanakan teratur antaranya kontrak ditandatangan mengikut tempoh masa ditetapkan, bayaran mematuhi peraturan, bon pelaksanaan dikemukakan sebelum kerja dimulakan dan Surat Setuju Terima ditandatangani kontraktor/pembekal dilantik.

“Bahagian Perolehan perlu menyelenggarakan maklumat dengan lengkap bagi awalan dan pemantauan. Sistem perakaunan digunakan perlu ditambah baik bagi membolehkan laporan perolehan dijana mengikut kaedah perolehan dengan jumlah dibelanjakan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.