Categories
SELANGOR

LKAN: Urus kewangan lapan jabatan dan agensi capai prestasi sangat baik

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Pencapaian pengurusan kewangan 15 jabatan dan agensi Kerajaan Selangor menunjukkan prestasi baik apabila lapan daripadanya mencapai tahap sangat baik dan selebihnya di tahap baik.

Jabatan Audit Negara (Audit) berkata, kecemerlangan prestasi itu boleh ditingkatkan ke tahap lebih baik dengan melakukan langkah penambahbaikan.

Laporan LKANAntara langkah itu dengan menganjurkan program latihan berterusan kepada pegawai terlibat dalam pengurusan kewangan agar dapat meningkatkan pengetahuan dan kompetensi melaksanakan tugasan.

Sehingga 13 Julai 2015, prestasi baik turut dipamerkan dalam kedudukan penyerahan penyata kewangan Agensi Negeri bagi 2014 apabila kesemua 26 agensi mengemukakan penyata kewangan 2014 untuk diaudit.

Daripada 26 agensi terlibat, 20 agensi mengemukakan penyata kewangan sebelum atau pada 30 April 2015 manakala enam agensi selepas tarikh itu.

“Bagi pengesahan penyata kewangan 2014, penyata kewangan dua agensi diaudit dan dikeluarkan Sijil Tanpa Teguran manakala penyata kewangan 24 Agensi lain sedang diaudit.

“Semua Agensi Negeri terlibat membentangkan penyata kewangan 2013 di Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.