Oleh: HAFIZAN TAIB
SHAH ALAM, 24 NOV: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Selangor pada 2016 diyakini mampu mencatatkan keputusan lebih cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata penekanan Kerajaan Negeri bagi melahirkan generasi berilmu pada masa depan berupaya melahirkan pelajar cemerlang.
“Kita mengharapkan supaya keputusan ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.
Beliau mengulas keputusan UPSR tahun ini di Selangor membabitkan seramai 82,969 calon dengan catatan 7,354 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) mendapat keputusan 5A serta Sekolah Jenis Kebangsaan dengan 7A.
Katanya, keputusan UPSR sememangnya penting untuk langkah seterusnya tetapi jalan melakar masa depan lebih cemerlang masih panjang jika gagal memperoleh keputusan membanggakan kali ini.
“Kita harap adik-adik mendapat keputusan mungkin kurang cemerlang dan sebagainya tidak berputus asa kerana boleh menggunakan peluang pada masa hadapan untuk mencipta keputusan lebih baik,” katanya.
EZY