Categories
SELANGOR

MB: Basheer beri keterangan 25 November

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menetapkan 25 November ini untuk anak Dato’ Menteri Besar Selangor menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, bagi memberi keterangan berhubung Perhimpunan Bersih 4.

Mohamed Azmin berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya, namun maklumat lanjut mengenai masa dan selanjutnya perlu dirujuk kepada peguam.

MB Azmin“Mereka menetapkan tarikh baharu iaitu pada 25 November untuk memberikan kenyataan,” katanya kepada media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya kenyataan polis yang berubah-ubah berhubung perkara itu dipersoalkan termasuk integriti pihak berkuasa berkenaan.

“Kenyataan awal dibuat Ketua Polis Daerah dan bukan pegawai polis di kampung, mengatakan anak saya disaman tiga bulan lalu pada Julai sedangkan himpunan Bersih 4 pada 31 Ogos.

“Ia menggambarkan betapa profesional polis kita,” sindirnya.

Penetapan tarikh baharu daripada 10 ke 25 November mungkin berikutan anaknya, Basheer, 15, perlu menduduki peperiksaan akhir tahun bermula 10 hingga 14 November ini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mahu anaknya meneruskan sesi persekolahan seperti biasa dan mempersoalkan tindakan polis tergesa-gesa untuk mengambil keterangan.

Dalam laman makro twitternya, Mohamed Azmin juga berkata polis mengeluarkan Notis Seksyen 111 untuk mengarahkannya dirakam.

“Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno. Syukur anak saya Basheer berani,” katanya menerusi laman mikro twitternya pada 8 November lalu.

Anak azminKira-kira sejam selepas itu, anaknya menulis tweet berbunyi “Berani kerana benar, takut kerana salah,”

Manakala, selepas itu kira-kira jam 7.32 petang, Azmin menulis tweet: “Basheer, please focus on your exam” (Basheer, tolong tumpukan pada peperiksaan kamu).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.