Categories
SELANGOR

Pengantin baru 2015 dapat RM7.8 juta

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM7.8 juta bagi meraikan pengantin baru dalam kalangan belia yang mendirikan rumah tangga tahun ini, kata Exco Pembangunan Generasi Muda Selangor, Amiruddin Saari.

Amiruddin berkata, segala urusan permohonan insentif itu diproses di bawah Exco Pembangunan Generasi Muda sebelum diserahkan kepada penerima.

“Sebenarnya, mulai 2013 lagi untuk program Insentif Perkahwinan ini di

letakkan di bawah perkara pelbagai tetapi bagi tahun ini dana yang diperuntukkan sekitar RM7.8 juta yang dimasukkan juga di bawah program belia.

Amirudin1“Segala urus tadbir dan pengurusan membabitkan insentif ini akan diuruskan di bawah Exco Pembangunan Generasi Muda dan kita boleh laksanakan,” katanya pada Mesyuarat Ketiga, Persidangan Penggal Ketiga, Dewan Negeri Selangor yang ke-13, di sini, hari ini.

Amiruddin turut menggalakkan golongan belia yang ingin mendirikan rumah tangga tidak melepaskan peluang memohon insentif yang ditawarkan Kerajaan Negeri itu.

Pada 2013, Selangor melancarkan Insentif Perkahwinan Beliau, sekali gus menjadi satu-satunya Kerajaan Negeri yang memberi insentif berkenaan kepda belia yang baru mendirikan rumah tangga.

Insentif di bawah skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu kemudiannya dinaikkan pada 2014 kepada RM500 setiap seorang berbanding RM200 sebelumnya.

Skim itu ditawarkan kepada semua belia berumur 35 tahun ke bawah yang dilahirkan di Selangor atau sudah menetap di negeri itu sekurang-kurangnya selama 10 tahun tanpa mengira agama.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.