Categories
SELANGOR

MB: Wujudkan kerajaan bertamadun

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 NOV: Isu kebebasan, demokrasi dan urus tadbir adalah perkara asas untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negara Islam.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata masalah asas melanda umat Islam juga tidak harus dilupa dan diabaikan.

IMG_1811aKatanya, pelbagai kejayaan mampu diraih jika gerakan politik memenuhi aspirasi ummah dengan jumlah umat Islam terbesar rantau ini.

“Saya tidak akan meminta maaf untuk menyokong Islam dalam konsep lebih luas dan meminjam ungkapan Robert Heffner untuk mewujudkan ‘kerajaan bertamadun dan terbatas’

“Dalam erti kata lain, kerajaan perlu bertindak sebagai pelindung kesusilaan awam dan pemacu kehendak popular,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Persidangan Forum Dunia untuk Muslim Demokrat kali kedua di Hotel Le Meridien, Jakarta, pada 24 November lalu.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Pusat Habibie Indonesia, Rahimah Abdulrahim dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.