Categories
SELANGOR

Naik taraf Stadium Hoki Pandamaran siap 60%

Oleh: HAFIZAN TAIB

KLANG, 1 NOV: Kerja menaik taraf Stadium Hoki Pandamaran sudah menghampiri 60 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Februari 2016.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata usaha itu diambil bagi memastikan mutu kemudahan sukan di Selangor menepati piawaian dan kualiti ditetapkan.

MPK Hoki1“Kita mulakan di bahagian turf dan tempat duduk supaya selepas ini layak digunakan untuk kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Dari masa ke masa kita akan bantu tingkat kemudahan lain di sini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, kerja menaik taraf bermula Julai lalu itu dibuat secara berperingkat dan teliti supaya mencapai kualiti diperlukan bagi memenuhi kehendak semua.

Katanya, kerja menaik taraf juga dilakukan di Stadium Hoki Petaling Jaya dan Shah Alam serta beberapa pusat latihan sukan lain.

“Semua sudah laksanakan hanya tinggal proses implementasi. Bermula 2016, kita memperkemaskan lagi segala kerja dengan peruntukan sedia ada,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.